CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8822|Reply: 0

[Selangor] Trafik sesak mula pukul 5 sepanjang bulan Ramadan – PLUS

[Copy link]
Post time 9-3-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan trafik harian sepanjang bulan Ramadan berada di tahap tertinggi antara pukul 5 hingga 6 petang.

PLUS dalam kenyataan berkata, pihaknya menyarankan semua pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan mereka dan mengelak daripada bergerak pada waktu puncak untuk lebih keselesaan.

“PLUS akan mengambil beberapa langkah merangkumi persediaan operasi di plaza tol, lebuh raya dan kawasan rehat bagi melancarkan perjalanan dan pergerakan orang ramai untuk pulang berbuka puasa.

“Langkah ini termasuk menyediakan alat bantuan mudah alih pembaca pembayaran tol dan alat bantuan sokongan di plaza tol dan memastikan semua lorong masuk serta keluar di plaza tol beroperasi sepenuhnya.

“Semua kerja penyelenggaraan yang dijalankan di plaza tol juga ditamatkan sebelum pukul 4.30 petang bagi mengelakkan sebarang gangguan kelancaran, menambah jumlah kakitangan dan menugaskan pasukan bantuan teknikal dalam keadaan bersiap sedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan yang tinggi ketika waktu puncak.

“PLUS turut mengingatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad Touch ‘n Go atau e-dompet bagi mereka yang menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) mempunyai baki mencukupi.

“Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya,” katanya

Tambahnya, secara alternatif, pengguna boleh mengikuti laporan trafik terkini menerusi aplikasi X @PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, saluran radio utama negara serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

Orang ramai turut disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... bulan-ramadan-plus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.311519 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list