CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3049|Reply: 0

[Perak] Rezeki Wani dapat hadiah motosikal Yamaha LC

[Copy link]
Post time 9-3-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Siti Norol Salwani menerima hadiah motosikal baharu sumbangan sebuah syarikat.

TAIPING: Rezeki berganda diterima Siti Norol Salwani Ismail, ibu seorang anak yang kisahnya tular kerana sanggup menunggang motosikal hampir 300 kilometer (km) dari Changkat Jering, di sini ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung.

Selepas menamatkan kehidupan sebagai ibu tunggal pertengahan bulan lalu, dia menerima pula hadiah motosikal Yamaha LC 135, ihsan pihak yang bersimpati dengan kisah hidupnya.

Ketika dihubungi hari ini, anak kelima daripada 10 beradik ini, mengakui tidak menyangka kisahnya akan tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk stesen radio.

"Selepas kisah saya tular dan disiarkan media, ramai mendoakan keselamatan dan ada yang cadang saya bawa kereta. Namun, saya cuma ada motor dan tiada kereta, malah tak pandai pun memandu kereta," katanya.



Siti Norol Salwani juga dihubungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

"Alhamdulillah rezeki makin meluas. Saya turut dihubungi beberapa stesen radio, ada yang bercadang taja RM2,000 untuk duit pendahuluan motosikal baharu," katanya memaklumkan motosikal sedia ada miliknya sering rosak.

Katanya, ada juga penyampai stesen radio yang mengajak orang ramai menyumbang motosikal atau kereta kepadanya dan pada Rabu lalu, dia menerima hadiah motosikal baharu sumbangan sebuah syarikat.

Sebelumnya, Siti Norol Salwani tertanya-tanya sama ada benar ada pihak mahu menghadiahkan motosikal kepadanya.

"Semua bagaikan mimpi. Alhamdulillah perkara itu menjadi nyata apabila saya menerima hadiah motosikal Yamaha LC135 baharu," katanya menganggap ia hadiah perkahwinan terbesar pernah diterima selepas mendirikan rumah tangga dengan Hazimin Radzi, 34, pada 16 Febuari lalu.

Ibu seorang anak ini memaklumkan perniagaannya terhenti sementara awal tahun ini kerana sibuk membuat persiapan perkahwinan kali kedua, selain motosikal sering rosak, namun bercadang kembali berniaga selepas Aidilfitri nanti.



Laporan BH Online pada 20 Februari 2024 mengenai Siti Norol Salwani yang sanggup menunggang motosikal lebih empat jam sejauh 300km dari Changkat Jering untuk berniaga sayuran kampung di ibu negara.

Pada 20 Februari lalu, BH Online menyiarkan kisah Siti Norol Salwani yang sanggup menempuh perjalanan lebih empat jam dengan menunggang motosikal dari Changkat Jering untuk berniaga sayuran kampung di ibu negara.

Dia yang berstatus ibu tunggal sebelum berkahwin kali kedua, ketika itu cekal berniaga seminggu sekali di Kuala Lumpur demi menyara anak lelaki berusia 10 tahun.
https://www.bharian.com.my/berit ... motosikal-yamaha-lc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.544974 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list