CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 0

[Selangor] Pendam rindu sampai syurga

[Copy link]
Post time 9-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

ZAINAB ibu pramugara MAS yang terbabit tragedi MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan pada Ulang Tahun MH370 10 Tahun di pusat beli belah Empire Subang. FOTO Aswadi Alias

Subang Jaya: "Mungkin tiada jawapan di sini tapi ada di sana nanti (akhirat).

"Saya berdoa dan harap sangat Allah SWT makbulkan untuk jumpa semula dengannya di sana," kata Zainab Mohd Ariffin, 60, ibu pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.

Menurutnya, tanggal 8 Mac 2014 sentiasa terpahat di ingatannya walaupun sudah sedekad berlalu kerana sejak itu, Mohd Hazrin tidak lagi kembali ke pangkuan keluarga apabila hilang tanpa jejak susulan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Tambahan pula Mohd Hazrin merupakan satu-satunya anak lelakinya.


"Saya masih ingat lagi kenangan ketika menantu (Intan Maizura Othman) hubungi saya dan maklumkan pesawat dinaiki anak saya hilang.

"Terperanjat sangat tetapi cuba bersabar walaupun hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan saya.

"Waktu tahun pertama, saya rasa masih ada harapan untuk pesawat itu ditemui, kemudian nampak ada sinar dengan penemuan serpihan tapi lama kelamaan, banyak teori yang tidak munasabah dan akhirnya tiada apa (tak jumpa).

"Jadi, saya cuba pujuk hati untuk terima dan masuk tahun kelima, saya sudah reda kerana menganggap itu yang Allah SWT sudah tentukan," katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Zainab berkata, dia ada bermimpi berjumpa dengan Mohd Hazrin tidak lama selepas dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370.

"Itu kali pertama dan terakhir dia datang dalam mimpi.

"Dalam mimpi itu, dia hanya perhati saja di luar pagar rumah tanpa cakap apa-apa.

"Sebagai ibu, sudah tentu saya rindu sangat tapi kuat kerana lihat ketabahan Intan Maizura dan cucu yang jadi pembakar semangat," katanya.

Sementara itu, cucunya Iman Muhammad Hazrin, 15, yang juga anak sulung Mohd Hazrin berkata, dia baru berumur lima tahun sewaktu menerima berita kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki bapanya.

Menurutnya, ketika itu ibunya hanya memberitahu pesawat bapanya rosak.

"Itu saja saya ingat tapi 'mummy' sudah cerita sebenar mengenai apa yang terjadi.

"Saya terima dan tak rasa kurang walaupun tiada ayah macam orang lain kerana ada 'mummy'.

"Antara kenangan dengan 'daddy' yang tak dapat dilupakan adalah apabila 'daddy' bawa saya dan 'mummy' pergi ke Disneyland Hong Kong dan Paris.

"Daddy juga selalu ingatkan saya untuk terus kuat dan pesanan itu yang menjadi pegangan saya sampai kini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rindu-sampai-syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.468622 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list