CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 0

[Sabah] STB komited sokong pembangunan pelancongan luar bandar

[Copy link]
Post time 9-3-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode


TEMUBUAL: Christina (kanan) ketika ditemubual mengenai pelancongan Sabah di Jerman.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) komited dalam menyokong dan membantu setiap pembangunan sektor pelancongan di kawasan luar bandar.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya bekerjasama dengan komuniti tempatan bagi mempromosikan keunikan warisan dan budaya tradisional mereka.

Katanya, kementeriannya akan sentiasa memperkasakan kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan.

“STB akan memanfaatkan aset semula jadi di kawasan luar bandar supaya ia boleh menjadi tarikan pelancongan luar dan dalam negara.

“Melalui pembinaan kapasiti dan pelaburan infrastruktur, kawasan pelancongan luar bandar dapat ditingkatkan, selain mengekalkan cara hidup asli penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Pengasas Pengasas Travel and Tour World (TTW) Apratim Ghoshal dan wartawan Jerman, di ITB Berlin, Jerman 2024.

Menurutnya, sektor pelancongan di Sabah mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan tahun lalu dengan ketibaan pelawat sebanyak 2,613,272.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 (1,727,740) melebihi sasaran 2.2 juta yang ditetapkan.

“Sabah telah mengatasi sasaran awal pelancongan bagi tahun 2023, melepasi sasaran ditetapkan sebanyak 2.2 juta dan telah mencapai jumlah ketibaan pelawat sebanyak 2.6 juta.

“Peningkatan ini disebabkan oleh keyakinan pelancong, pemulihan kukuh daripada pasaran Asia, kempen dan promosi yang dijalankan dengan penjenamaan ‘Feel Sabah, North Borneo’,” katanya.

Christina menjelaskan, kebanyakan pelancong luar yang masuk ke Sabah adalah dari negara China, Korea Selatan, Jepun dan negara ASEAN.

“Selain itu, negara-negara Eropah seperti United Kingdom (UK) dan Jerman turut menyumbang dengan ketara kepada kemasukan pelancong ke Sabah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.489336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list