CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

[Sabah] Pemandu lori ditahan disyaki cuba seleweng minyak

[Copy link]
Post time 9-3-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang pemandu lori selepas disyaki cuba menyelewengkan minyak bersubsidi di Batu 1.5, Jalan Utara Sandakan, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika mengisi minyak petrol jenis Ron 95 ke dalam tong di sebuah stesen di lokasi berkenaan.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abdul Nasir Othman berkata, semua minyak petrol berkenaan dimasukkan ke dalam tong yang diletakkan di bahagian belakang lori suspek.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah bagi tujuan pengisian minyak berkenaan.

“Suspek terus ditahan dan semua barangan bersubsidi berkenaan dirampas kerana disyaki untuk tujuan diselewengkan.

“Suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi Pangkalan Polis Marin Sandakan Untuk tindakan Selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Abdul Nasir berkata, antara yang dirampas adalah enam tong berisi minyak petrol, tujuh tong kosong, enam tong gas dan enam resit pembelian serta lori yang digunakan suspek.

“Nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM85,660 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kes akan dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/09/pemandu-lori-ditahan-disyaki-cuba-seleweng-minyak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.942458 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list