CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13367|Reply: 0

[Sarawak] MHO harap Jabatan Peguam Negara Sarawak guna budi bicara dakwa syarikat tipu berkaitan rumah, skim pelaburan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:09 PM | Show all posts |Read mode


Hishamuddin (dua kanan) menyerahkan aduan kes kepada Penolong Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Timothy Rangkang (dua kiri) di pekarangan Bangunan Sultan Iskandar, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berharap Jabatan Peguam Negara Sarawak dapat menggunakan kuasa budi bicara meneruskan dakwaan ke atas sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan berkaitan dengan rumah dan skim pelaburan.

Setiausaha Agung MHO Dato Hishamuddin Hashim berkata, sehubungan itu MHO bersama mangsa menyerahkan lebih 80 aduan kepada Jabatan Peguam Negara Sarawak hari ini agar masalah tersebut dapat diteliti.

Hishamuddin berkata, menurut kronologi kes, pada tahun lepas MHO bersama mangsa telah mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Polis Sarawak ketika itu yang turut mewujudkan pasukan petugas khas bagi menyiasat perkara berkenaan.

“Tangkapan dibuat dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan pendakwaan dilakukan.

“Pengadu-pengadu ratanya berpuas hati dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari sudut melaksanakan siasatan dengan cepat.

“Bagaimanapun syarikat terbabit telah menawarkan penyelesaian kepada saksi pendakwaan di mana mereka memujuk saksi menarik semula laporan polis dan akhirnya diklasifikasikan sebagai DNAA atau dilepas tanpa dibebaskan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan 80 aduan mangsa kes skim pelaburan dan pakej pembinaan hartanah yang meragukan kepada Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.

Jelasnya, perkara itu perlu dibawa ke atas perhatian Jabatan Peguam kerana mereka tidak mahu ada individu yang bertanggungjawab dilepaskan begitu sahaja.

“Oleh itu kita menawarkan saksi-saksi yang relevan, dengan 80 mangsa yang ada hari ini untuk menyerahkan surat aduan untuk menjadi saksi boleh dipercayai supaya kes tidak digugurkan, tiada tarik balik laporan dan tiada DNAA.

“Apa yang kita mahu penipu ini perlu dituduh dan dijatuhkan hukuman jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan. Ini yang kita mahu pada hari ini,” katanya.

Hishamuddin berkata, namun disebabkan mematuhi segala undang-undang, MHO menghormati apa sahaja keputusan Jabatan Peguam Negara nanti.

Katanya, pertubuhan memahami bahawa ia adalah merupakan kuasa dan budi bicara kepada peguam negara untuk meneruskan kes, menggugurkan kes atau menjalankan kes.

“Kami sebagai rakyat memohon kuasa budi biacara itu dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada kes ini supaya pendakwaan jenayah dapat diteruskan kepada individu ini dan keadilan berpihak kepada mangsa yang ada,” katanya.

Menurut Hishamuddin, antara modus operandi syarikat berkenaan adalah menerusi konsep skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Mereka menawarkan skim pelaburan pembinaan hartanah yang mana para pelabur atau pengadu dijanjikan dengan pulangan atau faedah di dalam bentuk pulangan dividen dan juga aset hartanah.

Setelah pengadu-pengadu membuat bayaran penuh dan/atau membuat pembayaran pendahuluan seperti mana yang telah dimaklumkan kepada mereka oleh pihak syarikat, tiada sebarang maklum balas atau perkembangan semasa yang dimaklumkan kepada mereka mengenai projek pakej skim pelaburan pembinaan hartanah yang mereka sertai tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057537 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list