CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13442|Reply: 0

[Sarawak] Nanta sedih terima berita insiden bot karam di Batang Baleh

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:01 PM | Show all posts |Read mode


Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

SIBU: Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi melahirkan rasa sedih dan terkesan apabila menerima berita insiden bot karam di Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh di Kapit, petang semalam.

Sehingga kini katanya, beliau difahamkan, empat mangsa termasuk dua anggota polis masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Saya berharap keluarga mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan ini, dan sama-samalah kita berdoa supaya semua mereka dapat ditemui dengan segera dalam keadaan yang selamat.

"Saya telah menghubungi Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan insiden itu.

"Saya juga mengarahkan kakitangan dan pegawai di pejabat Ahli Parlimen Kapit mengikuti perkembangan kejadian dan operasi SAR dengan rapat dan memberi bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya itu menasihatkan semua pihak yang menggunakan pengangkutan air terutama mereka yang tidak pandai berenang, supaya sentiasa berhati-hati dan menitikberatkan aspek keselamatan termasuk sentiasa memakai jaket keselamatan.

Pihak pengendali pengangkutan air juga tegasnya, perlu mengambil tanggungjawab dengan serius dalam memastikan semua penumpang serta kru mematuhi langkah keselamatan yang sewajarnya.

"Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan dan tahap keselamatan perkhidmatan pengangkutan air di Sarawak termasuk di Kapit demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list