CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13504|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Sarawak periksa 14,035 premis di bawah Ops Kesan bermula 1 Mac

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode


Pegawai penguat kuasa KPDN Negeri Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas pelbagai premis di bawah Ops Kesan 2024.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebanyak 14,035 premis di bawah Ops Kesan 2024 yang bermula 1 Mac lalu.

Sepanjang tempoh sehingga 8 Mac 2024, KPDN Sarawak juga telah mengeluarkan 25 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 melibatkan 75 kategori yang telah ditetapkan menerusi Ops Kesan 2024.

Operasi tersebut bertujuan menangani isu kos sara hidup rakyat khususnya semasa situasi tertentu atau situasi yang dijangka akan memberi kesan terhadap peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

KPDN Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Ops Kesan 2024 akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011.

Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mendapat peluang mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak sesuai dengan undang-undang pencatutan.

Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

Selain itu pemantauan dan pemeriksaan termasuk kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman.

Peniaga yang didapati mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan undang-undang pencatutan akan diambil tindakan tegas di bawah AKHAP 2011.

KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenalipasti.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform WhatsApp 019-848 8000/019-279 4317, Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my, Pusat Panggilan 1-800-886-80 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.788782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list