CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13521|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat pertanian diseru lebih proaktif dan berdaya saing

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:54 PM | Show all posts |Read mode


Mawan menghadiri Majlis Perasmian dan Kesyukuran Projek RTP 2023 di Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan pada Khamis.
SARIKEI: Masyarakat luar bandar yang bergantung kepada aktiviti pertanian untuk menjana pendapatan diseru agar lebih proaktif dan berdaya saing.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom berkata, konsep pertanian pada masa kini adalah jauh berbeza jika dibandingkan pada tahun 1970-an dan 1980-an.

"Kini pertanian adalah perniagaan dan ia mampu memberi pendapatan lumayan jika masyarakat terlibat mengusahakannya dalam bentuk komersial dan berskala besar.

"Selain itu, pengunaan teknologi moden dalam bidang ini juga mampu melonjakkan hasil pengeluaran dan turut meringankan tugas dalam bidang ini.

"Kini dengan perkembangan teknologi moden, cara pemasaran menggunakan teknologi digital juga amat berkesan untuk memasarkan produk pengeluaran dan langkah seumpama ini amat digalakkan oleh kerajaan selaras dengan peredaran masa dan arus kemodenan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Kesyukuran Projek RTP 2023 di Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan pada Khamis.

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan turut menyeru agar ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan itu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan telus dan penuh tanggungjawab.


Mawan merakam gambar bersama ahli JKKK dan Biro Wanita Rumah Empawi Jilum, Batu 9, Jalan Engkamop, Pakan pada Khamis.

Katanya, KMKK juga perlu peka dengan situasi semasa dan masalah yang membelenggu masyarakat di peringkat akar umbi di bawah jagaan mereka.

"Pastikan setiap pembangunan dan kemajuan yang digerakkan oleh kerajaan di kawasan mereka, sampai dan dinikmati oleh rakyat.

"Selain itu, KMKK perlu berusaha dan mendapat maklumat daripada jabatan atau agensi kerajaan tentang bantuan atau projek yang disediakan kerajaan kepada masyarakat untuk dimohon bagi manfaat semua," jelas Mawan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058804 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list