CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13798|Reply: 0

[Sarawak] Ling tinjau operasi SAR remaja jatuh sungai

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Ling, Ketua BBP Lutong Henry Jugah, dan Raymond selepas mendengar taklimat mengenai operasi SAR berkenaan.

MIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi (PKO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuala Baram pada Khamis bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai pada Isnin lalu.

Beliau berkata, lawatan tersebut adalah bagi mewakili Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dan turut bersama beliau ialah Pegawai Khas Pejabat Parlimen Miri Raymond Tegang dan Christoper Jemat.  

“Pada Khamis saya telah meninjau sendiri ke kawasan sungai di Kuala Baram bagi mendengar laporan daripada agensi-agensi terlibat dalam operasi SAR mangsa terbabit.

“Difahamkan, mangsa telah tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai berkenaan lalu kemudian tidak kelihatan di tempat kejadian dipercayai hilang dan lemas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Ling berkata, ketika lawatan tersebut beliau turut berkesempatan bertemu dengan ahli keluarga mangsa dan juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut Su Yien Jiong yang merupakan sekolah mangsa terbabit.

“Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam menjayakan operasi SAR ini.

“Saya menyeru kita semua berdoa agar operasi ini berjalan dengan lancar dan mangsa dapat ditemukan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, operasi SAR mangsa berusia 18 tahun terbabit masuk hari kelima pada Jumaat dan sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai.

Operasi melibatkan pegawai kanan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064272 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list