CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13317|Reply: 0

[Sarawak] MATTA Fair Sarawak medium capai sasaran empat juta pelancong

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan semasa ditemui media selepas menyempurnakan perasmian MATTA Fair Sarawak di The Hills, Kuching hari ini. - Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Cawangan Sarawak (MATTA Fair Sarawak) merupakan salah satu medium untuk mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, pameran itu perlu dimanfaatkan agar pelancong memilih Sarawak sebagai destinasi pilihan.

Menurutnya, lebih-lebih lagi Sarawak mempunyai kekuatan tersendiri yang berfokus kepada kebudayaan, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival (CANFF).

"Oleh sebab itu, peluang meningkatkan jumlah pelawat itu terserlah dengan kreativiti terhadap sektor penerbangan langsung ke Sarawak, selain kemudahan penginapan yang selesa.

"Dari situ kita boleh melihat sektor penerbangan memainkan peranan penting menerusi hubungan dengan dunia luar, sekali gus dapat mempromosikan Sarawak," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan perasmian MATTA Fair Sarawak di The Hills di sini, hari ini.

Snowdan berkata, pelbagai cadangan melaksanakan projek berimpak tinggi turut dihantar dengan pihak Kementerian Ekonomi dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan di Sarawak.

"Pada semalam (Khamis), satu cadangan telah dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membangun kawasan Damai yang akan menjadi salah satu 'bandar peranginan baharu' di negeri ini," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Snowdan menasihati orang ramai agar memilih ejen pelancongan yang boleh dipercayai.

"Pilih ejen pelancongan yang berdaftar dan semak terlebih dahulu latar belakang ejen itu bagi mengelak masalah penipuan berlaku.

"Kebiasaannya ejen yang menipu itu mereka akan menyediakan harga yang terlalu murah selain menggunakan kad kredit yang pada akhirnya berlaku penipuan," tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057338 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list