CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8762|Reply: 0

[Sarawak] Jualan Agro MADANI di Pasar Raya Kim Hock Sibu Jaya esok

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Pusat Khidmat P.211 Lanang turut tidak ketinggalan menganjurkan Program Jualan Agro MADANI yang akan berlangsung di Pasar Raya Kim Hock, Sibu Jaya esok.

Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat FAMA Bahagian Sibu itu akan bermula jam 9 pagi.

"Sebanyak 200 set kombo MADANI dijual pada harga istimewa iaitu RM10 untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat," ujarnya.

Kombo MADANI ini mengandungi minyak masak peket 1kg, gula, tepung gandum, mi segera dan makanan tin, dengan harga pasaran RM15.

Namun menerusi program ujar Lau, ia menawarkan penjimatan sehingga 30 peratus untuk rakyat membeli bahan makanan asas.

"Program kali ini terhad untuk 200 orang terawal atau sehingga stok habis," tambah beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057804 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list