CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4205|Reply: 0

[Sarawak] Dua maut, dua cedera 4WD bertembung dengan lori treler di simpang Pakan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Kemalangan yang meragut dua nyawa berhampiran dengan simpang Pakan, pada malam Khamis.

SARIKEI: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan pacuan empat roda (4WD) mewah berhampiran simpang Pakan di Kilometer (KM) 451, Jalan Betong/Sarikei/Meradong dekat sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Aswandy Anis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku sekitar pada jam 11.10 malam.

"Kemalangan ini telah menyebabkan pemandu lelaki yang berusia 69 tahun dan seorang penumpang wanita warga emas berusia 96 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan dari Hospital Sarikei, manakala dua lagi penumpang wanita dalam kereta yang sama dilaporkan tercedera.

"Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Pakan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian dipercayai 4WD yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler yang bergerak lurus dari arah Sibu menuju ke Kuching," kata Aswandy kepada media di sini, hari ini.

Pemandu yang maut dikenali sebagai Yap Ah Tek, manakala penumpang wanita dikenali sebagai Lantau Meling.

Menurut Aswandy, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya.

"Kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sementara itu, pemandu lori dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar Aswandy lagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin yang turut dihubungi memaklumkan lokasi kemalangan terletak 20 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati dua mangsa wanita yang berada di dalam kereta terbabit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita masih tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan usaha tersebut telah mengambil masa 30 minit," kata Mahmudin.

Sejurus berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa tersebut telah diserahkan kepada pihak perubatan dari Hospital Sarikei.

Tambahnya, dua penumpang yang cedera turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.057333 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list