CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 0

[Sabah] KPKM serah RM481,000 meliputi tiga bentuk bantuan kepada nelayan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Arthur merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian nelayan yang hadir pada majlis Rahmah Mesra MADANI yang diadakan di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyalurkan tiga bentuk bantuan kepada nelayan di wilayah itu dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM481,000.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebanyak RM100,000 disampaikan untuk Skim Tabung Bantuan dan Kebajikan Nelayan (TBAKN) yang bertujuan memberi bantuan segera kepada nelayan dalam bentuk kewangan atau barangan mahupun sebarang bentuk yang bersesuaian.

Skim TBAKN itu juga katanya, meliputi kejadian kemalangan atau bencana alam yang menyebabkan kemusnahan atau kerosakan pada harta benda termasuk kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.

Jelas Arthur ia juga merupakan bantuan tambahan untuk melindungi nelayan daripada risiko yang tidak dilindungi di bawah Skim Perlindungan Insurans Nelayan Berkelompok Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rahmah Mesra MADANI dan penyerahan bantuan kepada nelayan yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS, pada Jumaat.

Selain bantuan skim TBAKN, Arthur turut menyampaikan RM230,000 bagi Projek Pembesaran Unjam sebagai usaha menambahkan kepadatan dan kepelbagaian hidupan marin bagi mewujudkan pelbagai habitat baharu kawasan unjam marinovasi serta pemulihan kawasan pembiakan ikan di perairan terlibat.

Beliau kemudian turut menyerahkan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai kepada 506 penerima yang layak terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu, yang masing-masing menerima RM300 setiap seorang.

Mengikut rekod LKIM Sabah, wilayah itu mempunyai 16 PNK iaitu PNK Kota Kinabalu, PNK Teluk Padas, PNK Kuala Penyu, PNK Papar, PNK  Marudu Pitas, PNK Kota Belud, PNK Kudat, PNK Tuaran, PNK Sandakan, PNK Beluran, PNK Libaran, PNK Paitan, PNK Semporna, PNK Tawau, PNK Lahad Datu dan PNK Kunak serta satu Persatuan Nelayan Negeri (PNN) PENGASAH.

Antara projek ekonomi yang dijalankan oleh persatuan nelayan di Sabah ialah jualan minyak subsidi Diesel dan Petrol; Projek Pemasaran Ikan dan Pusat Pengumpulan dan Pengedaran (CCDC) Hasil Laut.

Selain itu terdapat juga kedai nelayan; Restoran PN; CCDC Ikan Bilis; tanaman kontan; projek akuakultur dan projek pemprosesan lekor serta perkhidmatan sewaan kenderaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063762 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list