CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 0

[Sabah] Ikatan Komuniti Selamat sambut baik usaha kerajaan

[Copy link]
Post time 8-3-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode


LEE

KOTA KINABALU: Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menyambut baik serta mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mempamerkan statistik kemalangan jalan raya yang membabitkan kehilangan nyawa.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia merupakan satu inisiatif baik sebagai peringatan kepada orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya mengenai betapa seriusnya statistik kemalangan jalan raya di negara kita.

"Sebenarnya, saban tahun sememangnya kita menyaksikan berlaku peningkatan kes kemalangan jalan raya. Sadisnya statistik secara purata menganggarkan berlaku dalam 18 kematian sehari akibat kemalangan jalan raya.  

"Jumlah ini menjadikan keseluruhan angka kematian akibat jalan raya dalam tempoh setahun adalah melebihi 6,000 kematian  setiap tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berpendapat, kes kematian jalan raya adalah lebih serius berbanding kes kematian ketika pandemik COVID-19.

Justeru itu katanya, inisiatif memaklumkan statistik kematian ini setiap hari akan mampu menjadikan kita lebih waspada terhadap isu kemalangan jalan raya sekaligus menjadikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

"Ini akan membawa mesej penting kepada pengguna jalan raya bahawa keselamatan jalan raya menjadi tanggungjawab bersama.

"Selain memaparkan statistik ini melalui media massa mahupun dalam talian, pihak kerajaan seperti DBKL boleh memanfaatkan skrin elektronik yang wujud untuk memaparkan statistik ini," katanya.

Menurutnya, selain daripada publisiti yang diwar-warkan setiap hari, pengguna jalan raya turut perlu memainkan peranan dengan mematuhi peraturan dan lebih berdisiplin ketika menggunakan jalan raya.

"Diharapkan juga pekerja yang setiap hari berulang alik dari rumah ke tempat kerja dapat diberikan perhatian serius berikutan jumlah kemalangan melibatkan golongan ini juga semakin meningkat.

"Seperti dilaporkan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, jumlah kemalangan pekerja yang berulang alik saban hari semakin meningkat saban tahun.

"Pada 2021, jumlah pekerja kemalangan ketika perjalanan bekerja ialah sebanyak 23,481 kes meningkat ke 32,325 kes pada 2022 dan menjadi 38,454 kes pada tahun lepas. Ini menunjukkan trend peningkatan yang amat serius," katanya.

Justeru katanya, diharap pihak majikan menekankan aspek keselamatan terhadap pekerja tentang keselamatan menggunakan jalan raya saban hari bagi mengelakkan mereka terlibat dengan kemalangan.

Katanya, majikan boleh sentiasa memberi pendedahan mengenai statistik kemalangan jalan raya sebegini bagi mengingatkan pekerja untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Ikatan Komuniti Selamat telah mula melakukan pelbagai program bagi memberi kesedaran kepada majikan melalui kursus-kursus yang tujuannya menjaga keselamatan jalan raya terhadap pekerja mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055841 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list