MUSNAH: Rumah kosong yang terbakar 100 peratus.
KOTA KINABALU: Sebuah rumah kekal terbakar di Perumahan Kilang Kim Long, Sook pada kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Faisal Ahmad berkata, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.
"Kejadian berlaku pada 7 Mac 2024 dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 malam.
"Setiba di lokasi kejadian, sebuah rumah kosong yang ditinggalkan jenis separuh kekal berukuran 20x45 kaki terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Katanta, pasukan bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba kilang.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 11.10 malam.
|