CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8427|Reply: 0

Khabib dipujuk sertai UFC 300

[Copy link]
Post time 8-3-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

KHABIB bersara daripada sukan kegemarannya pada 2020.

London: Khabib Nurmagomedov mendakwa pegawai UFC menghubungi pengurusnya mengenai kemungkinan mencipta kejutan sensasi dengan kembali semula ke oktagon pada musim bunga akan datang.

Peminat MMA serata dunia yakin penganjur akan membawa semula legenda sukan itu ke pertarungan UFC 300 bulan depan.

Bekas juara Brock Lesnar, Ronda Rousey dan Georges St-Pierre kesemuanya diwar-warkan bakal tampil dalam pertarungan berbayar yang lumayan.

Khabib sendiri dikaitkan dengan penampilan semula yang mungkin boleh menjadi kenyataan selepas pegawai UFC menghubungi pengurusnya Ali Abdelaziz.


Jaguh Rusia yang sudah pun bersara itu berkata kepada Junie MMA: "Saya tahu mereka menghubungi Ali.

"Tetapi saya beritahu Ali, terakhir mungkin setahun lalu. Saya kata tak kira siapa hubungi anda tapi jangan sesekali panggil saya mengenai pertarungan."

"Kami mempunyai perjanjian: Terus sahaja dengan saya, tiada rundingan dengan orang lain. Tapi saya tahu Ali. Dia berhubung dengan beberapa pegawai dari UFC."

Bekas juara Khabib bersara daripada sukan itu pada Oktober 2020 selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ujuk-sertai-ufc-300
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.169969 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list