CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6485|Reply: 0

[Johor] 'Saya ingat sudah mati'

[Copy link]
Post time 8-3-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode

RUMAH Rozita rosak dalam kejadian ribut di Kampung Baru, Sri Gading petang semalam. FOTO Alias Abd Rani.

Batu Pahat: "Sewaktu berlindung di tepi peti ais, cahaya kemerahan daripada panahan kilat betul-betul di depan mata. Saya ingat sudah tiada waktu itu, namun Allah masih panjangkan umur," kata Rozita Shadat, 53, selepas rumahnya rosak teruk dalam kejadian ribut di Kampung Baru, Sri Gading, petang semalam.

Dia yang juga asnaf tinggal berseorangan di rumah pusaka berusia lebih 80 tahun, kini hilang tempat berteduh selepas keseluruhannya rosak teruk dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang.

Menceritakan kejadian itu, Rozita berkata, sebelum kejadian dia berada di dapur sebelum terdengar bunyi desiran angin dari luar rumahnya.

"Hanya dalam sekelip mata, satu persatu bumbung rumah diterbangkan angin. Memikirkan keselamatan, saya mencari tempat berlindung di tepi peti ais, sambil berdoa semoga diselamatkan.


"Saya tidak dapat keluar rumah menyelamatkan diri memandangkan hujan lebat dan angin kencang ditambah pula petir terlalu kuat. Saya menangis ketakutan selama hampir setengah jam sebelum ribut reda," katanya ketika ditemui.

Dalam kejadian itu, kira-kira 13 rumah, Masjid Jamek Kampung Baru, Sri Gading dan sebuah sekolah kebangsaan dilaporkan mengalami kerosakan.

Rumah Rozita antara paling teruk apabila hampir semua bumbung tertanggal manakala perabot serta barangan elektrik rosak.

Seorang lagi mangsa yang juga imam masjid, Mohd Mat Shah Juraini, 72, berkata ketika kejadian dia berada di masjid bersama jemaah lain untuk menunaikan solat Asar.

"Tiba-tiba saya melihat awan kehitaman dan menyangka akan berlaku cuaca buruk. Namun, tidak lama kemudian, ribut datang dan saya mula risau memikirkan isteri, Sadiah Sapran, 66, yang keseorangan di rumah.

"Saya nak pulang tak dapat dengan keadaan di luar masih kelam-kabut, saya hanya mampu berdoa dari masjid semoga isteri selamat," katanya.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar rumahnya rosak termasuk bumbung 'hilang' dan hanya ruang utama yang tidak terjejas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-ingat-sudah-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050634 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list