View: 6632|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bekalan air di Terengganu masih terkawal - Ahmad Samsuri
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib BERNAMA
Kuala Terengganu: Bekalan air di Terengganu tidak terjejas setakat ini walaupun negara sedang dilanda cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, paras air di empangan dan sungai di negeri ini juga masih terkawal dan tidak berdepan masalah untuk membekalkan air mentah kepada penduduk.
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) juga mengambil langkah proaktif bagi memastikan rakyat di Terengganu tidak menerima kesan serius akibat fenomena El Nino.
"Setakat ini, kita masih lagi boleh uruskan masalah bekalan air, cuma memang kita sedar bahawa sekiranya kemarau berpanjangan kita kena ada intervensi terutama pada Ramadan dan apabila nak sampai seminggu sebelum raya itu, tentulah penggunaan air akan bertambah.
"Jadi, dalam keadaan kemarau dan penggunaan air bertambah tentulah ia akan menjejaskan tetapi sebagai Pengerusi Satu, Satu sedang mengambil langkah-langkah bagaimana untuk melakukan intervensi termasuklah meminta semua pihak berjimat dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pada Majlis Sambutan 30 Tahun Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac ini.
Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan lazimnya kurang di kebanyakan tempat terutamanya di utara Semenanjung termasuk Perak, serta Pahang dan Kelantan.
Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kawal-ahmad-samsuri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|