CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5597|Reply: 0

[Perak] Kedai Bergerak Negeri Perak tawar harga barang keperluan murah

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Inisiatif kedai bergerak menawarkan barangan keperluan harian pada harga murah kepada penduduk di Perak.

GERIK – Perkhidmatan Kedai Bergerak Negeri Perak (KBNP) anjuran kerjaan negeri sentiasa dinantikan penduduk kerana menawarkan barangan keperluan pada harga rendah.

Pemandu lori KBNP, Mohd. Rizal Zainuddin, 43, berkata, bara­ngan seperti ayam dijual serendah RM6 seekor mampu menarik kehadiran ratusan penduduk setiap kali program itu dilaksanakan di satu-satu kawasan di Perak.

Katanya, ada pembeli yang sanggup datang awal biarpun jualan bermula pukul 9 pagi.

“Setiap kali lori KBNP ma­suk kawasan, ia akan diserbu penduduk yang mahu mendapatkan barangan terutama beras, ayam dan telur murah.

“Kebanyakan barang habis dijual pukul 1 tengah hari terutama ayam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Kampung Bandariang.



Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, KBNP melalui beberapa proses penjenamaan semula dan dilaksanakan mengikut beberapa kandu­ngan pelan Perak Sejahtera 2030 seperti sekuriti makanan, pembasmian kemiskinan dan membantu kumpulan berpendapatan rendah.

Pada hari tertentu, kedai bergerak ini menawarkan poto­ngan sehingga 20 peratus.

Sementara itu, seorang pembeli, Nor Ashiken Mat Abu, 52, berkata, dia mengetahui tentang inisiatif ini melalui penduduk.

“Barangan yang dijual murah, jadi boleh menjimatkan belanja untuk bulan puasa. Harap ia dilakukan secara lebih kerap,” katanya.

Penyelia program KBNP, Muhd. Firdaus Junaidi, 28, pula memberitahu, inisiatif kedai bergerak tersebut tertumpu di kawasan luar bandar bagi membantu penduduk yang tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan barangan runcit pada harga murah.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ng-keperluan-murah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.443865 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list