CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19766|Reply: 0

[Tempatan] Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)

[Copy link]
Post time 8-3-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sultan Sharafuddin mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 dan akan berakhir pada 9 Mac ini. - Gambar/ Bernama

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office dalam Facebook hari ini, Sultan Sharafuddin menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan dapat diteruskan pelaksanaannya dengan lebih baik.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat serta wakil-wakil negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku Sekretariat MKI atas pelaksanaan tugas yang efektif sehingga membolehkan semua mesyuarat MKI dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Sultan Sharafuddin mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 dan akan berakhir pada 9 Mac ini.

Dalam kenyataan sama memaklumkan baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Jakim merangkap Setiausaha MKI Hakimah Mohd Yusoff dan Sekretariat MKI.

Pada mesyuarat terakhir bersama jawatankuasa itu, baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa dan Sekretariat sepanjang baginda memegang jawatan sebagai Pengerusi MKI.

Sultan Sharafuddin turut menyemak semua minit-minit mesyuarat lalu dan memastikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan, menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Baginda menegaskan bahawa sepanjang bertindak sebagai Pengerusi MKI, menjadi kewajipan baginda untuk sentiasa mengangkat dan mempertahankan syiar Agama Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah," menurut Selangor Royal Office.

Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih daripada kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057572 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list