CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21797|Reply: 0

[Pulau Pinang] Faktor usia bukan penghalang nenek tiga cucu jadi pemandu bas

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Faktor usia bukan penghalang nenek tiga cucu jadi pemandu bas

07 Mac 2024 09:19pm







Faktor usia tidak menjadi penghalang kepada Nor Shuhaini untuk menceburi bidang yang didominasi oleh kaum lelaki iaitu sebagai kapten bas. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Faktor usia tidak menjadi penghalang kepada nenek tiga cucu, Nor Shuhaini Md Yusof, 52, untuk menceburi bidang yang didominasi oleh kaum lelaki, iaitu sebagai kapten bas.

Nor Shuhaini yang merupakan ibu kepada lima orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu telah berkhidmat bersama bas Rapid Penang selama sembilan tahun untuk menyara keluarga memandangkan suaminya sakit.



"Keadaan kesihatan suami kurang memuaskan, jadi kos belanjawan harian ditanggung oleh saya...suami memang tidak bekerja...cuma anak-anak ada bantu sikit dari segi kewangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemu bual di Terminal Bas Rapid Penang, Pengkalan Weld di sini pada Khamis.

Menurut Nor Shuhaini yang sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa, minat yang mendalam telah mendorongnya untuk bekerja dalam bidang ini.




Nor Shuhaini (kanan), Fira (tengah) dan Noor Hafiza (kiri) ketika diraikan oleh Rapid Penang sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Terminal Bas Rapid Penang, Pengkalan Weld pada Khamis. Foto Bernama




"Sebelum ini saya tak pernah bekerja, hanya menjadi suri rumah, jangan ingat suri rumah sepenuh masa tidak boleh pegang jawatan sebagai kapten bas, kita boleh sahut cabaran tu.

"Antara cabarannya ialah kami terpaksa bangun seawal 3 pagi dan melapor diri pada 4.30 pagi kerana bas mula beroperasi pada 5.30 pagi,” katanya yang berasal dari Sik, Kedah.

Sementara itu, Noor Hafiza Hamzah, 42, yang telah berkhidmat selama lapan tahun sebagai kapten bas Rapid Penang kini turut mencabar diri untuk menyambung pengajian pada yang sama.




"Saya mengambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Alhamdulillah Rapid (syarikat) memberi dua hari cuti bekerja. Jadi dengan waktu pekerjaan yang efisien saya mampu mengatur sendiri waktu belajar dan waktu bekerja. Kalau ada kelapangan saya akan membaca, selalunya tiada gangguan,” katanya.

Noor Hafiza yang berasal dari Baling, Kedah ini turut berkongsi pengalaman memandu bas ketika menghadapi situasi banjir di sekitar Pulau Pinang.




"Bila (banjir) terlampau teruk, kita tidak akan buat kenderaan lain terlibat sama jadi kita akan hentikan perjalanan sehingga keadaan reda dan pihak pengurusan akan memberi arahan untuk bergerak semula,” katanya.

Justeru, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 esok, Nor Shuhaini dan Noor Hafiza mengharapkan lebih ramai wanita mencabar diri dan menceburi bidang yang dikatakan didominasikan oleh kaum lelaki ini. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list