CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18692|Reply: 1

[Sabah] Lelaki maut, kereta bertembung lori 10 tan

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:14 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

SEMPORNA: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 55 Jalan Semporna-Tawau, di sini petang tadi.

Mangsa berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera termasuk EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan lori 10 tan.

“Terdapat seorang mangsa masih tersepit di dalam kereta berkenaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.46 petang,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 10:30 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.424002 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list