CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18386|Reply: 0

[Sabah] Sabah jalin kerjasama dengan USIM bagi program pengajian kitab turath

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:11 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bakal menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi penajaan pelajar negeri ini menjalani program pengajian kitab turath secara eksklusif selama tiga tahun di universiti berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, berkata, ini antara usaha diambil bagi mendalami ilmu turath.

“Program yang dinamakan sebagai Duta Turath Sabah@USIM ini ditawarkan kepada pelajar negeri Sabah yang menyambung pengajian di USIM.

“Saya melihat usaha ini sebagai satu inisiatif yang amat baik khususnya untuk kita semua mendapat manfaat daripada ilmu turath ini.

“Besar harapan saya agar pelajar yang berjaya melalui program ini dapat menjadi ilmuan yang mampu memainkan peranan bagi pemerkasaan turath Islam di Sabah sebaik menamatkan pengajian kelak,” katanya ketika merasmikan Simposium Antarabangsa Turath Sabah, Malaysia 2024 di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif.

Dalam masa sama, Hajiji juga menyeru umat Islam di Sabah untuk memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap sebagai antara penzahiran akhlak yang baik.

“Ini bagi meningkatkan dan memperkasa ilmu pengetahuan serta penghayatan Islam untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan inovasi.

“Saya berharap semoga semua yang menghadiri simposium ini akan mendapat ilmu pengetahuan yang bukan saja untuk diri sendiri malah dikongsikan dengan umat Islam di negeri ini,” katanya.

Simposium ini bertujuan memartabatkan kitab-kitab turath Islam dan menzahirkan sumbangannya agar sentiasa relevan kepada umat sehingga hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap program ini akan memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada umat Islam di negeri ini.

“Dalam masa sama, menerusi program ini juga akan dapat membincangkan kerangka sebenar pembacaan kitab turath agar isi kandungan yang terdapat di dalamnya dapat dimanfaatkan.

“Sesungguhnya, mempelajari kitab Turath adalah penting dan perlu dijadikan sebagai panduan bagi mendalami ilmu serta memahaminya, sekali gus disesuaikan dengan konteks dunia Islam semasa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.211969 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list