CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18269|Reply: 0

[Sabah] Kompleks IADA Kota Belud bakal siap menjelang 2027

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:08 PM | Show all posts |Read mode


SERAHKAN: Arthur menyerahkan replika kunci Jentera Pembajak dan Jentuai Padi Koperasi Pesawah Kota Belud sempena program itu.

KOTA BELUD: Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud dijangka dapat disiapkan menjelang tahun 2027 setelah proses tender diselesaikan tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Mengulas lanjut, Arthur berkata kerajaan telah memperuntukkan RM36 juta pada tahun 2022 bagi tujuan pembinaan Kompleks IADA yang bakal menjadi mercu tanda pembangunan industri padi dan beras di Sabah.

"Kerja-kerja tapak sudah selesai dilaksanakan dan kita berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan dapat membuka tender projek Pembangunan IADA Kota Belud tahun ini.

"Sekiranya projek ini berjaya ditender pada tahun ini, Kompleks IADA Kota Belud dijangka dapat disiapkan pada tahun 2027, " katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke pejabat IADA Kota Belud.

Dalam pada itu, Arthur memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya Sabah bagi membincangkan alternatif untuk mempercepatkan lagi proses tender itu.

Jelasnya, kompleks itu bukan sahaja akan menjadi mercu tanda kepada pembangunan industri padi dan beras negara, bahkan diyakini akan menyumbang kepada pembangunan kawasan yang lebih holistik.


ALBUM: Arthur merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pesawah sempena majlis itu.

"Kompleks ini juga akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian, makmal analisis pertanian dan lain-lain.

"Pembinaan Kompleks IADA adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasa peranan IADA dan membantu pembangunan wilayah Sabah khususnya sektor tanaman padi di Kota Belud, " katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Arthur berkata, kementerian telah berjaya membawa masuk benih padi baharu Siraj MR 297 dan MR 269 ke Sabah dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) untuk peningkatan SSL negeri Sabah dan pendapatan pesawah tempatan.

"Inisiatif ini akan memberi lebih banyak pilihan benih padi kepada pesawah kita di Sabah. Namun Buat masa ini, varieti padi itu berada di plot percubaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran bagi melihat keberkesanan dan potensi pengeluaran varieti padi berkenaan, " katanya.

Sempena lawatan itu, Arthur berkesempatan menyerahkan cek replika Pembangunan Kawasan Sawah Padi (setakat Mac 2024) termasuk Jentera Pembajak dan Jentuai Padi Koperasi Pesawah Kota Belud dan juga bantuan pembelian pam air dengan nilai keseluruhan berjumlah RM707,772 yang memberi manfaat kepada lebih kurang 600 orang pesawah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.397462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list