CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18073|Reply: 0

[Sabah] Taman hiburan diarah tutup serta-merta selepas pengunjung kemalangan

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode


MOHD ZAIDI

KOTA KINABALU: Polis mengarahkan sebuah taman hiburan atau Funfair yang beroperasi di Kompleks Sukan Likas, di sini untuk ditutup serta-merta selepas berlaku kemalangan sehingga mencederakan pengunjung.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, penutupan itu bagi membolehkan pengendalinya memeriksa semula tahap keselamatan semua jenis permainan yang ditawarkan di taman hiburan itu.

Katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian kemalangan membabitkan salah sebuah tempat duduk permainan jenis ‘TAISTAR’ atau ‘Sotong Ride’
"Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari tempat duduk dan terjatuh sejauh 15 meter dari tempat permainan ketika permainan itu sedang berpusing,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Zaidi berkata, dua mangsa yang cedera membabitkan seorang lelaki berumur 35 tahun yang mengalami kecederaan di kepala sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

“Manakala mangsa kedua adalah seorang wanita berumur 29 tahun yang mengalami kecederaan iaitu luka di muka.

"Pihak ambulans sudah membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Taman hiburan berkenaan beroperasi bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan sudah beroperasi sejak 2 Februari sehingga 10 Mac depan.

Terdahulu, insiden membabitkan dua mangsa turut tular di laman sosial.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.219498 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list