CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17972|Reply: 0

[Sabah] 500 murid, pelajar di DUN Lumadan nikmati khidmat gunting rambut percuma

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Matbali sedang berinteraksi dengan pengunjung semasa melawat ke beberapa buah premis terpilih yang menyediakan khidmat gunting rambut di sekitar Pekan Beaufort.

BEAUFORT: Sekitar 500 murid dan pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menikmati manfaat Program Khidmat Gunting Rambut Percuma yang dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat (PKRP) Parlimen Sipitang bersama Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort.

Bagi kawasan DUN Lumadan, sebanyak lima buah kedai menawarkan khidmat gunting rambut percuma dilokasi terpilih bagi memudahkan masyarakat setempat khususnya anak-anak sekolah mendapat khidmat itu, yang bermula sekitar jam sembilan pagi hingga jam empat petang.

Sebahagian besar kedai gunting rambut mula dipenuhi pengunjung yang rata-rata terdiri daripada murid dan pelajar sekolah sambil ditemani ibu bapa serta penjaga masing-masing.

Terdapat lima lokasi terpilih bagi melaksanakan program itu antaranya di Padas Damit, Kampung Weston, Bandar Mingo, Beaufort Commercial Centre dan di Wisma Arjuna.


BERCERITA: Matbali sedang berinteraksi dengan pengunjung semasa melawat ke beberapa buah premis terpilih yang menyediakan khidmat gunting rambut di sekitar Pekan Beaufort.

Program Khidmat Gunting Rambut Percuma yang diadakan hari ini (Khamis) diadakan serentak di lima-lima lokasi terpilih bagi memastikan kelancaran perjalanan program berkenaan.

Sebahagian anak-anak yang berkunjung ke kedai gunting rambut turut teruja bertemu dengan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung ketika berada di premis itu.

Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM) berkata, ia adalah usaha dan pendekatan yang diambil bagi membantu meringankan bebanan kewangan ibubapa menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Katanya, ia juga secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada murid dan pelajar sekolah untuk kembali bersekolah bagi menuntut ilmu demi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.


KHIDMAT: Matbali sedang melihat proses gunting rambut di salah sebuah premis terpilih yang menyediakan khidmat gunting rambut.

"Saya berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan ibubapa terutama golongan sasar tetapi juga pada masa sama memberi keceriaan kepada anak-anak sekolah yang tidak lama lagi akan memulakan sesi persekolahan tahun ini.

"Semoga usaha ini dapat membantu golongan sasar terutama yang mempunyai anak yang ramai kerana kita memahami rata-rata ibubapa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075144 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list