CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17624|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

[Copy link]
Post time 7-3-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode


TERSEPIT: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.

KENINGAU: Seorang pemandu lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam parit dalam kejadian di kilometer 22 Jalan Keningau-Tambunan, di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan mangsa berumur 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta jenis kompak dari arah Tambunan menuju ke Keningau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terus terbabas ke bahagian kanan jalan.

“Akibat kejadian itu, kenderaan mangsa terbabas sebelum terbalik ke dalam parit sedalam lima meter,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Yampil berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya termasuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis juga akan cuba mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai BBP Keningau Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudi Delamin berkata, sepasukan pegawai bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejauh 21 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam9.33 malam.

“Kemalangan jalan raya menyebabkan seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan dan pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi keseluruhan ditamatkan jam10.24 malam setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.856309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list