CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17312|Reply: 0

[Sabah] Dua cedera tercampak keluar dari permainan ‘sotong-sotong’ di Likas

[Copy link]
Post time 7-3-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dua pengunjung cedera selepas tercampak keluar dari salah satu permainan di pesta ria atau funfair berhampiran Kompleks Sukan Likas, di sini.

Dua mangsa lelaki dan wanita dewasa itu dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong ride' atau ‘sotong-sotong’ ketika sedang beroperasi.

Beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu turut ditularkan di laman sosial.

Salah seorang pengguna facebook di ruang komen video tular memaklumkan dia turut berada di lokasi kejadian dan terkejut melihat kejadian dua mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di bahagian kepala.

Dia turut merakam video kejadian itu dan mengatakan rasa simpati kepada kedua-dua mangsa.

“Mangsa jatuh betul-betul di sebelah kami, keadaan ini sangat seram dan faktor keselamatan tidak terjamin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.58 malam.

Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

"Operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.40 malam," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072178 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list