CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5007|Reply: 0

Khabib dipujuk kembali ke octagon

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Bekas juara dunia, Khabib Nurmagomedov kini melatih peninju muda untuk bergelar juara dunia dalam MMA. – Foto REUTERS

LONDON: Khabib Nurmagomedov mendakwa pemimpin atasan UFC menghubungi pengurusnya supaya memujuk dia kembali bertarung di octagon pada musim bunga akan datang.

Peminat MMA di seluruh dunia percaya promosi baru-baru ini akan mengembalikan semula legenda sukan itu bagi pertarungan bersejarah UFC 300 bulan depan.

Bekas juara Brock Lesnar, Ronda Rousey dan Georges St-Pierre juga disebut-sebut akan kembali bagi pertarungan besar tontonan berbayar itu.

Nurmagomedov sendiri dikaitkan dengan kemunculan semula sensasi, yang mungkin menjadi kenyataan selepas pemimpin UFC menghubungi pengurusnya Ali Abdelaziz.


Peninju Russia yang sudah mengumumkan persaraan itu memberitahu MMA Junkie: "Saya tahu mereka menghubungi Ali.

"Tetapi saya beritahu Ali, kali terakhir mungkin setahun lalu, saya kata, 'Tidak kira siapa yang menelefon anda, tetapi jangan sesekali memanggil saya mengenai pertarungan."

"Kami mempunyai persetujuan bersama: Secara langsung dengan saya, tiada siapa menghubungi. Tetapi saya tahu Ali berhubung dengan sesetengah pemimpin UFC."

Bekas juara lightweight dunia, Nurmagomedov bersara daripada sukan itu pada Oktober 2020 selepas mengalahkan Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarungan UFC 254.

Warga Dagestan itu menggantung sarung tangannya tiga bulan selepas kematian bapanya yang juga ketua jurulatih Abdulmanap.

Nurmagomedov berjanji dengan ibunya dia tidak akan bertarung lagi tanpa bapa di sisinya. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -kembali-ke-octagon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.174670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list