CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5506|Reply: 0

[Kedah] Kedah tidak lagi keluarkan lesen premis urut baharu di Langkaw

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Alor Setar: Kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen premis rumah urut baharu di Langkawi, bagi mengelak kegiatan tidak bermoral berlaku di pulau peranginan itu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, bagaimanapun premis rumah urut sedia ada masih boleh beroperasi seperti biasa selagi tidak melanggar peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Di Langkawi sudah ada 41 premis urutan tradisional, 30 pusat refleksiologi, 17 pusat rawatan muka, 31 pusat dandanan rambut, enam premis sauna atau spa, tiga premis merias kuku dan dua premis solekan.

"Jadi pusat ini masih beroperasi, kita tidak berhajat kembangkan lagi rumah urut seperti mana arahan kerajaan sebelum ini kerana ia boleh menyebabkan kejadian tidak bermoral," katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.


Mansor berkata, kerajaan negeri tidak menyekat permohonan baharu bagi pusat kecantikan dan rawatan kesihatan di Langkawi asalkan ia mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan.

Katanya, sektor pelancongan di Langkawi bukan bertumpu kepada pelancongan spa atau premis urut sahaja, sebaliknya terdapat alam semula jadi yang menjadi tarikan kepada pelancong luar.

"Kerajaan tidak mahu memperkenalkan Langkawi sebagai tempat untuk mengurut sebaliknya menjadikan alam semula jadi, makanan dan budaya penduduk tempatan sebagai tarikan ke pulau itu.

"Kita tidak boleh memberi ruang terbuka kepadapengunjung datang untuk melakukan aktiviti sesuka hati yang akhirnya menyebabkan ia menjadi sukar untuk dirawat," katanya.

Mengulas mengenai cadangan mewujudkan hospital pakar di Langkawi bagi menarik kunjungan pelancong antarabangsa, Mansor berkata, perkara itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar Kedah dapat membangunkan sektor pelancongan kesihatan.

"Kerajaan negeri mengalukan penyertaan pihak industri dan swasta untuk melabur dan membina hospital pakar ini. Kita akan angkat cadangan ini kepada KKM untuk diambil tindakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -baharu-di-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.117633 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list