CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21740|Reply: 0

[Sarawak] 266 projek bernilai RM462.1 juta dibiayai kerajaan negeri dilaksana di Bahagian Limbang

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:45 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari melihat perkembangan projek di Jambatan Sungai Limbang.

LIMBANG: Sebanyak 266 projek bernilai RM462.1 juta yang dibiayai kerajaan negeri dilaksanakan di Bahagian Limbang, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, setakat 29 Februari lalu sebanyak 93 projek atau kira-kira 37 peratus daripada jumlah tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya, manakala 91 projek lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan 57 projek dalam rancangan.

“Secara keseluruhannya projek ini dibiayai kerajaan negeri.

“Mulai tahun 2025 ini hingga 2030 kerajaan negeri akan melaksanakan projek mega termasuk membina Lebuh Raya Pesisir Utara Utara yang akan menghubungkan Limbang, Brunei dari Miri terus ke Lawas yang dibina empat lorong dengan kos RM6.1 bilion,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Projek Tebingan Sungai Limbang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta kenamaan lain.

Abang Johari berkata, projek mega lain yang dilaksanakan ialah pembesaran Lapangan Terbang Limbang baharu untuk membolehkan pesawat lebih besar mendarat.

“Kita juga mengenal pasti satu kawasan, tempat peranginan dan kawasan riadah berhadapan Teluk Brunei yang akan menjadi satu tempat untuk mempromosi sektor pelancongan di Limbang.

“Di Lawas pula,kita kenal pasti satu kawasan dibangunkan satu pelabuhan dan Lapangan Terbang Lawas baharu dan pihak swasta akan terlibat untuk membangunkan tempat peranginan ini berhadapan Teluk Brunei yang tidak  jauh dari pelabuhan,” jelasnya.


Abang Johari (empat kiri) pada taklimat projek di bawah Majlis Daerah Limbang. Turut kelihatan Paulus (kiri), Hasbi, Awang Tengah, Mohamad Abu Bakar dan Dr Abdul Rahman.

Abang Johari berkata, dengan adanya infrastruktur dan kemudahan tersebut, Limbang akan menjadi bahagian yang mampu menarik kedatangan pelancong.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membina jalan baharu ke Kuala Limbang, jalan dari bandar Lawas ke bandar baharu dan jalan dari Bukit Lubuk Bukit ke Kampung Seberang Kedai Limbang, selain membangunkan sektor pertanian di lembah Limbang dan Tanjung Aru Sundar seluas 200 hektar  bagi menjamin keselamatan makanan dan beras.

“Sarawak melalui penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOB) di Brunei juga akan membincangkan keperluan untuk membina pos imigresen di Kampung Pendam melalui pembinaan Jambatan Sungai Limbang yang kini rancak dibina dan dijangka siap November tahun depan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.148560 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list