CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21434|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dicekup, disyaki curi kabel elektrik di Siniawan

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai mencuri kabel elektrik di sebuah ladang di Siniawan, Bau pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, suspek berusia, 25 tahun ditahan pada hari yang sama kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Polis dari pasukan Ops Lejang berjaya menahan suspek sekitar jam 11.30 pagi dan menemui dua guni kabel elektrik serta peralatan yang digunakan untuk mencuri,” kata Jawai.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah parang dan motosikal milik suspek semasa penahanan itu.

Menurutnya, terdahulu pemilik ternampak suspek keluar dari ladang sambil membawa kabel elektrik dan barang tajam.

Pemilik kemudian segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan polis segera ke tempat kejadian membawa kepada penahanan suspek.

Sebelum tangkapan, pemilik ternampak suspek keluar dari rumah ladang sambil memegang sekumpulan kabel elektrik dan barang tajam.

Tambahnya, sebelum mengesan suspek di ladang, pemilik ladang turut mendakwa rantai besi yang digunakan untuk mengunci pintu pagar utama telah terputus.

Dia turut menemui dua guni yang mengandungi kabel elektrik di laluan masuk utama ke ladang sebelum mengesan suspek di rumah ladang itu.

Laporan polis turut dibuat oleh anak pemilik ladang itu pada 5 Mac.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068628 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list