CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21507|Reply: 0

[Sarawak] Program Semarak Kampus MADANI tamatkan sesi turun padang di Zon Sarawak

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:32 PM | Show all posts |Read mode


Zambry meniup sumpit bagi simbolik Program Semarak Kampus MADANI di Zon Sarawak di Politeknik Kuching hari ini.

KUCHING: Program Semarak Kampus MADANI anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selama dua hari sejak 5 Mac lalu menamatkan sesi turun padangnya di Zon Sarawak hari ini.

Sesi turun padang program itu diakhiri dengan berkunjung ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada sesi terakhir itu, hampir 1,000 warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Zon Sarawak dan komuniti setempat hadir sama untuk memeriahkan majlis.

PKS dalam kenyataan berkata, program ini mempamerkan kejayaan-kejayaan penyelidikan dan inovasi, projek keusahawanan dan aktiviti PSH yang dikendalikan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak menerusi acara PolyCC Berambeh.

“Seramai 33 orang individu telah berkongsi pengalaman, menunjukkan proses penghasilan gelang manik dan mi kolok yang dipelajari menerusi kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

“Kursus jangka pendek ini ditawarkan oleh Kolej Komuniti kepada komuniti setempat dalam usaha memastikan mereka mendapat kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Menurutnya, program Semarak Kampus MADANI di PKS itu juga mempamerkan produk inovasi oleh para pelajar dan staf seperti rekaan fesyen, IoT dan pembuatan sabun daripada minyak terpakai.

Selain itu katanya, penghasilan produk berkomersil tinggi seperti serbuk lada dan minyak wangi yang dihasilkan oleh alumni PolyCC turut dipamerkan.

Program ini turut dihadiri penghulu, ketua kaum dan komuniti dari Kampung Telaga Air, Kuching.

Pada program berkenaan, Zambry turut berkesempatan beramah mesra dengan warga serta meninjau infrastruktur kolej kediaman pelajar.

Program Semarak Kampus MADANI itu merupakan hasil cetusan idea Menteri Pendidikan Tinggi yang berkonsepkan aktiviti turun padang bersama-sama kepimpinan tertinggi KPT untuk melihat sendiri situasi sebenar di institusi pengajian tinggi dan mendekati warga PolyCC.

Program itu merupakan siri jelajah ke institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti di 16 zon seluruh negara dengan Sarawak menjadi destinasi pertama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052634 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list