CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21225|Reply: 0

[Sarawak] Program sedarkan masyarakat kepentingan daftar PADU

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Gerempong Tuai Rumah N.36 Layar anjur Program Latihan Pendaftaran PADU untuk KMKK DUN Layar



Dr Stevenson (duduk, dua kanan) bergambar bersama peserta bengkel tersebut hari ini.

"Usaha ini perlu sokongan semua pihak termasuk Rentap yang juga ADUN Layar menerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) yang turut berusaha membantu dengan memberikan masing-masing sebuah tablet Samsung kepada KMKK di DUN Layar bagi tujuan penyimpanan data penduduk dalam kawasan mereka selain membantu penduduk untuk mendaftar.”

Dr Keling Stevenson Boniface Ancheh  
Jurucakap Program Latihan Pendaftaran PADU

Oleh Saleman Senin

BETONG: Kesedaran masyarakat tentang pentingnya mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) amat ditekankan dan menjadi perkara pokok dalam melengkapkan data yang diperlukan kerajaan pada setiap individu di negara ini.

Usaha ini dilihat amat penting untuk individu rakyat di negeri ini yang layak untuk mendaftar, sekali gus mengemas kini data yang diperlukan agar lebih telus dan tepat dengan adanya sistem yang dibangunkan.

Gerempong Tuai Rumah N.36 Layar telah menganjurkan Program Latihan Pendaftaran PADU untuk ketua masyarakat dan ketua kampung (KMKK) di DUN Layar.

Program yang dijalankan merupakan inisiatif Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu bagi memberi penekanan penuh kepada rakyat di DUN Layar khasnya dan kawasan Betong amnya untuk mendaftar dan mengemas kini data masing-masing dalam PADU.

Menurut jurucakap program Dr Keling Stevenson Boniface Ancheh, perlunya pendedahan dalam melengkapkan data PADU merupakan langkah yang terbaik untuk KMKK di DUN Layar.

"Usaha ini perlu sokongan semua pihak termasuk Rentap yang juga ADUN Layar menerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) yang turut berusaha membantu dengan memberikan masing-masing sebuah tablet Samsung kepada KMKK di DUN Layar bagi tujuan penyimpanan data penduduk dalam kawasan mereka selain membantu penduduk untuk mendaftar.

"Objektif utama inisiatif ini adalah untuk melengkapkan dan melatih KM dan KK untuk membantu penduduk dalam komuniti mereka mendaftarkan diri ke dalam sistem PADU.

"Selain daripada itu bengkel ini juga menerangkan matlamat dan pentingnya mendaftar ke PADU sebagai usaha membantu penduduk yang mungkin memerlukan panduan dalam pengisian.

"Ini juga bagi menyokong usaha kerajaan dalam meminta mereka yang layak untuk mendaftar sebelum 31 Mac ini," jelasnya.

Dr Stevenson yang juga jururunding utama Prometheus Consultancy Services menjadi pemudah cara dengan menyediakan latihan kepada peserta.

Dianggarkan 100 KMKK serta wakil dijangka menghadiri latihan yang dilaksanakan dalam tiga kelompok di Betong Innovation Digital Hub yang bermula hari ini dan berakhir 8 Mac.

Turut hadir pada bengkel tersebut ialah Pengerusi LEDC Paul Langgang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.398749 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list