CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8909|Reply: 0

[Sarawak] Dayang Noorazah santuni keluarga Allahyarham Wan Ismail

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:21 PM | Show all posts |Read mode


Dayang Noorazah (kanan) menziarahi keluarga Allahyarham di Masjid Lama Kampung Tengah, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN: Selesai menghadiri mesyuarat di Pejabat Residen Sri Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mengambil kesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Wan Ismail Tuanku Ahmad di Masjid Lama Kampung Tengah, dekat sini hari ini.

Menurut Noorazah, Allahyarham merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kampung Tengah.

Katanya lagi, sepanjang hayat beliau Allahyarham telah mencurahkan banyak bakti kepada penduduk Kampung Tengah dan sekitarnya dari segi ilmu agama dan sebagainya.

“Kehilangan beliau amat dirasai oleh penduduk di kampung ini terutama dalam hal berkaitan dengan ilmu agama,” jelasnya semasa menziarahi ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Lama Kampung Tengah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list