CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7682|Reply: 0

[Sarawak] PETROS berhasrat mendekati rakyat menerusi media

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode


Ismail (enam kanan) bergambar bersama tetamu lain dan wakil media pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media PETROS semalam.

KUCHING: Sarawak Petroleum Berhad (PETROS) berhasrat mendekati rakyat menerusi media, kata Naib Presiden Sumber Manusia dan Perhubungan syarikat itu, Ismail said.

Menurutnya sejak penubuhan PETROS lebih lima tahun lalu, Sarawak telah memanfaatkan sumber minyak dan gas negeri untuk kemajuan Sarawak yang mampan.
Bagaimanapun katanya untuk menyampaikan kemajuan dan manfaat itu kepada rakyat, PETROS perlu bekerjasama dengan media.

"Kami tidak boleh melakukannya seorang diri, justeru bantuan media diperlukan kerana anda sememangnya berperanan menyampaikan cerita.

“Anda menetap dan menentukan nilai. Anda menetap dan menentukan piawaian komunikasi. Anda boleh menghidupkan suasana, boleh memilih untuk menghangatkan isu atau suasana, banyak lagi.

"Peranan penting media dalam masyarakat dan mengekal integriti serta tanggungjawabnya," kata Ismail ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media PETROS di sini, malam semalam.

"Saya sering 'bergelut' dengan fakta - PETROS tidak boleh melakukannya seorang diri ketika kami melalui fasa pertumbuhan. Kita perlu kekal bersatu," tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Kewangan PETROS Mohd Azha Abdul Jalil dan Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETROS Abang Arabi Abang Narudin, Pengarah Gas Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Kasvenda Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif PETROSniaga Sdn Bhd Charles Balang dan Presiden Kesatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056209 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list