CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6270|Reply: 0

[Sarawak] Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan homat daripada Mohd Sofi. -Gambar PENERANGAN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima dua kunjungan hormat di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak, semalam.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Panglima Medan Timur (PMT) Tentera Darat (TD) Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato Mohd Sofi Mohd Lepi.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memperkenalkan diri serta memaklumkan perkembangan keadaan terkini kawasan sempadan yang berada di bawah pengawasan Tentera Darat serta memberi gambaran jelas kepada Tun Wan Junaidi keadaan infrastruktur berkaitan kelengkapan kenteraan sedia ada bagi melaksanakan tugas dan misi di Sarawak.

Menurut Mohd Sofi lagi, Tun Wan Junaidi juga memberikan beberapa nasihat dan panduan bagaimana Tentera Darat khususnya PMT dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan untuk memperkukuhkan keselamatan di Sarawak.

Beliau juga menyampaikan hasrat agar Tentera Darat dapat distruktur semula dari segi kawasan tanggungjawab agar fungsi serta tugas ketiga-tiga briged sedia ada di Sarawak sejajar dengan tugas-tugas yang akan dilaksanakan di negeri ini.

Selain itu, Tun Wan Junaidi turut dimaklumkan tentang pembangunan tentera darat di Sarawak, dengan perancangan pembinaan dua kem baharu di Sarawak iaitu Markas PMT di Batu Kawa dan sebuah lagi kem tentera di Bintulu.

Turut hadir dalam rombongan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat adalah Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima 3 Briged Jeneral Adnan Hashim, Panglima 9 Briged Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Panglima 31 Briged Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos.

Kunjungan hormat yang kedua pula adalah daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2024 Abdul Yaakub Arbi serta rombongan, bertujuan menjemput Tun Wan Junaidi menghadiri Majlis Penutupan Pesta Kaul 2024 sekali gus menyempurnakan Majlis Keman Kaul serta Ramah-Tamah Aidilfitri yang dijangka akan diadakan pada 28 April 2024 di Tapak Pesta Kaul Mukah.

Hadir sama dalam kunjungan hormat yang kedua adalah Timbalan-timbalan Pengerusi Kaul Mukah iaitu Royston Valentine dan Kueh Lei Poh serta ahli jawatankuasa induk Kaul Mukah yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.093411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list