CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6280|Reply: 0

[Sarawak] Bekalan air di Limbang lebih daripada mencukupi

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Loji-loji rawatan air di bahagian Limbang boleh hasilkan 87 MLD (juta liter air sehari) berbanding permintaan 40 MLD



Julaihi (tiga kanan) bersama yang lain ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Berawan di Limbang.

"Namun cabaran yang agak sulit ialah kadar kehilangan air yang tidak terhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang perlu diatasi segera.”
Dato Sri Julaihi Narawi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

KUCHING: Loji-loji rawatan air di bahagian Limbang boleh menghasilkan 87 MLD (juta liter air sehari) berbanding permintaan 40 MLD.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata loji-loji berkenaan terletak di daerah Limbang dan Lawas.

"Namun cabaran yang agak sulit ialah kadar kehilangan air yang tidak terhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang perlu diatasi segera.

"Sumber air dan pembinaan loji rawatan air baharu adalah satu keperluan segera selain pemasangan saluran paip baharu serta gantian paip uzur dengan paip baharu di kawasan yang telah dikenal pasti," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Ia susulan lawatan kerja beliau ke Limbang semalam.

Ketika lawatan kerja itu, Julaihi telah berkesempatan meninjau Muka Suak Air Mentah Sungai LImbang yang terletak 27 kilometer (km) dari Pejabat LAKU Management Limbang.

Beliau seterusnya mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air Berawan Limbang yang kini mampu menghasilkan 40 MLD air terawat.

"Semasa lawatan ini saya telah diberi taklimat oleh Pengurusan LAKU MANAGEMENT dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mengenai keadaan bekalan air terkini di bahagian Limbang (daerah Limbang dan Lawas).

"Taklimat turut menyentuh isu dan cabaran bekalan air di bahagian Limbang dan perancangan segera serta jangka panjang untuk membolehkan bahagian ini mendapat bekalan air sepenuhnya," katanya.

Hadir sama semasa lawatan kerja itu Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Syed Fauzi Sahab, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU MANAGEMENT Daneil Punang, Pengarah JBALB Awang Fadillah Awang Reduan dan Pengurus Air LAKU Bahagian Limbang Muries Lukong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.565276 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list