CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6280|Reply: 0

[Sarawak] Program Mansang Anak Sarawak 2024 bagi Zon Sri Aman-Betong, 9-10 Mac

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode


Persatuan Sukarelawan Sarawak mempelawa penyertaan Program Mansang Anak Sarawak (eMAS) 2024 untuk Zon Sri Aman-Betong pada 9 dan 10 Mac ini di Sri Aman.

SRI AMAN: Persatuan Sukarelawan Sarawak akan menganjurkan Program Mansang Anak Sarawak (eMAS) 2024 bagi Zon Sri Aman-Betong selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Mac ini di Hotel BME Sri Aman.

Menurut satu kenyataan daripada persatuan berkenaan, program itu akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk aktiviti sembang santai, perkumpulan mahasiswa dan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Ujar kenyataan itu lagi, penganjuran yang julung kalinya diadakan di Zon Sri Aman- Betong ini adalah berkonsepkan perkumpulan mahasiswa dan sesi lepak santai sambil berdiskusi tentang hal-hal semasa dan dunia kesukarelawanan.

“Penyertaan hanya terhad kepada 15 orang mahasiswa sahaja. Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi pautan https://forms.gle/eW6UpoHzvQY4EEiz6.

“Apa tunggu lagi, pihak kita amat mengalu-alukan penyertaan para mahasiswa kita dari bahagian Sri Aman dan Betong untuk program ini nanti,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, sebarang pertanyaan lanjut tentang program ini boleh berhubung terus dengan Richard Frankie di talian (013-4598451) dan Darren Maing di talian 01119696379 untuk maklumat yang lebih lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.372461 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list