CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4397|Reply: 0

[Sarawak] Kelas seni dan tarian dianjurkan di Pustaka Miri setiap Sabtu

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Penduduk Miri berusia sembilan tahun ke atas digalakkan menyertai program ini.

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak, Miri (Pustaka Miri) mempelawa warga bandar raya dan kanak-kanak yang berumur sembilan tahun ke atas untuk menyertai program 'MakerSpace: Kelas Seni dan Tarian'.

Pustaka Miri dalam satu kenyataan semalam berkata, program tersebut akan diadakan pada Sabtu bermula jam 2 hingga 4 petang di BIlik Auditorium.

Katanya, program ini telahpun bermula Sabtu lalu dan akan diteruskan hingga Julai.

Objektif penganjuran kelas ini adalah untuk menggalakkan orang awam mengenali budaya dan disiplin tarian serta kesejahteraan sejagat.

Selain itu, program ini juga akan memperkenalkan pelbagai jenis tarian khususnya tarian budaya Sarawak.

Justeru, penganjuran kelas ini diharap dapat membantu orang awam untuk menceburi penemuan baharu tentang gaya hidup sihat masyarakat setempat.

Kelas ini dapat menambah ilmu pengetahuan peserta tentang seni tarian dan teknik untuk menghasilkan sesebuah koreografi yang menarik dan memberi impak serta pengalaman yang bermakna untuk semua peringkat umur dan melestarikan gaya hidup sihat pada setiap masa.

Kelas ini dibuka kepada seluruh warga Miri dan penyertaan adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan ini https://forms.gle/4Ya6m8ZyAE1ommPF6 ataupun imbas kod QR pada poster yang telah disediakan.

Para peserta juga akan didedahkan mengikut modul yang akan ditunjukkan fasilitator jemputan Zaidi Husin bersama enam sukarelawan yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam.

Jenis tarian yang akan diajar adalah tarian kontemporari dan tradisional pelbagai kaum di Malaysia dan khususnya di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak penganjur di talian 085-422 525.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai Pustaka Miri iaitu Dorithy Dela Lawrence, Muhammad Anwar Adenan, Zuwahir Ilias dan Suzanna atau layari saluran media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list