CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 0

[Sarawak] Mohd Zahari lawat Kolej Komuniti Mas Gading

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:09 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Zahari menandatangi Buku Pelawat sebagai simbolik pertama kali ke KKMG.

KUCHING: Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail melakukan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Mas Gading, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan JPPKK M. Azmi.

Menurut satu kenyataannya, dalam pertemuan bersama warga kerja Kolej Komuniti Mas Gading, Mohd Zahari membincangkan pelbagai isu strategik, dengan penekanan khusus terhadap penubuhan Yayasan POLYCC.

Tujuan utama penubuhan Yayasan POLYCC adalah sebagai inisiatif untuk menjaga kebajikan kakitangan dalam situasi darurat seperti kematian, masalah kesihatan atau urusan yang memerlukan dana yang segera.

Beliau menyoroti peranan penting POLYCC sebagai pengeluar pelajar TVET terbesar di Malaysia, menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Pada masa yang sama, menekankan kepentingan untuk terus memperkukuhkan dan memperluaskan program-program TVET bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja tempatan.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, beliau mencadangkan kolaboratif strategik antara Kolej Komuniti MAS Gading dengan industri tempatan.

"Kerjasama ini diharapkan akan membawa manfaat yang besar termasuk pertukaran kepakaran, sumber daya dan pengalaman dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan program kesihatan yang bertujuan menggalakkan aktiviti fizikal.

Dengan sasaran 10,000 langkah setiap hari, program ini memberi kesedaran akan pentingnya gaya hidup sihat dan aktif kepada semua warga kerja Kolej Komuniti Mas Gading.

Bagi mengakhiri program lawatan kerja itu, beliau telah dibawa melihat hasil kerja pelajar dan peserta kursus pendek serta meninjau kawasan kolej.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060837 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list