CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2592|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki tempatan disyaki penagih dan edar dadah dicekup

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang dirampas daripada suspek pada Selasa.

BINTULU: Seorang lelaki warga tempatan telah diberkas pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu susulan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di pasar lama di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, turut dirampas daripada lelaki berusia 44 tahun itu adalah dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 5.03 gram.

Katanya, hasil ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Dadah yang dirampas dipercayai untuk pengedaran di sekitar kawasan pasar Bintulu itu boleh digunakan untuk 15 hingga 20 penagih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, tangkapan itu antara usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah serta mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada Bilik Gerakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Bintulu di talian 086-318304 atau BSJN IPD Bintulu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056113 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list