CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 0

[Sarawak] Majlis tahlil untuk Tun Taib di Masjid Jamek Betong esok

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:06 PM | Show all posts |Read mode


BETONG: Orang ramai di sekitar Betong dijemput untuk turut serta dalam Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin bagi Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada esok di Masjid Jamek dekat sini.

Setelah lebih dua minggu pemimpin ulung negeri Sarawak yang juga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu pergi menghadap Ilahi, rakyat masih berasa kehilangan insan yang banyak berjasa kepada pembangunan negeri ini.

"Rakyat masih bersedih akan pemergian Almarhum Tun dan akan terus mengenang jasa serta mendoakan untuk ketenangan dan ditempatkan di kalangan para solihin, maka itu dengan kesempatan yang ada kami mengajak semua masyarakat Islam di Betong untuk turut serta dalam majlis yang dianjurkan.

"Kita turut menerima cadangan daripada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu supaya dianjurkan majlis tahlil arwah dan bacaan Yasin di masjid kita di sini dan kita amat menghargai saranan beliau untuk menetapkan tarikh yang sesuai iaitu pada malam esok (Khamis).

"Penganjuran majlis tahlil juga bagi mengingati dan mendoakan mereka yang telah tiada," ujar jurucakap program.

Program dianjurkan atas kerjasama Jawatankuasa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kampung Melayu Betong bersama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Jamek Betong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060302 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list