CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 0

[Sarawak] CLAPAM bantu tujuh kanak-kanak sumbing

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:05 PM | Show all posts |Read mode


Dr Jack Wong bersama yang lain mengagihkan sumbangan kepada kanak-kanak yang menjalani Program Pembedahan Amal Klef di Hospital Miri baru-baru ini.

MIRI: Seramai tujuh kanak-kanak yang dilahirkan sumbing telah menerima manfaat daripada Program Pembedahan Amal Klef di Hospital Miri baru-baru ini.

Hospital Miri dalam satu kenyataan berkata kesemua pesakit tersebut turut menerima sumbangan dari Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) di Dewan Bedah Hospital Miri, 29 Februari lalu.

Matlamat CLAPAM untuk membantu individu yang dilahirkan sumbing memperolehi pengetahuan dan sokongan yang betul agar mereka boleh membuat perancangan optimum dalam mengurus dan merawat keadaan tersebut.

Program tersebut dihadiri oleh Pengerusi CLAPAM, Zainal Azhar Ahmad, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu, Ketua Pakar Bedah Klinikal Negeri Sarawak Dr. Dapne Dewi Stephen Kalong, dan Pengerusi Penganjur dan Pakar Bedah Plastik, Hospital Umum Sarawak, Dr Ragnild Redit selaku.

Antara pakar bedah plastik yang terlibat dalam Pembedahan Amal Klef adalah Perunding Pakar Bedah Plastik Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Dr John Ranjit Nesaraj,  dan Perunding Pakar Bedah Plastik, Management and Science University (MSU), Prof Dr Arman Zaharil Matsaad.

Hospital Miri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada CLAPAM, Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

"Sesungguhnya usaha murni melalui pembedahan amal klef ini besar ertinya kepada para pesakit dan ibu bapa mereka dalam menjalani kehidupan yang mendatang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050615 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list