CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

[Sarawak] Perhimpunan Tahun Baharu Cina Belia 2024 pada 16 Mac di Miri

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:01 PM | Show all posts |Read mode


Kah Furng (duduk tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur perhimpunan belia berkenaan mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran kumpulan belia kelak.

MIRI: Perhimpunan Tahun Baharu Cina Belia 2024 akan diadakan di Dewan Serbaguna Persatuan Komuniti Thai Poo Miri pada 16 Mac ini bermula jam 6 petang sehingga 9 malam.

Perhimpunan ini dianjurkan bersama oleh seksyen pemuda bagi beberapa persatuan iaitu Persatuan Komuniti Thai Poo Miri, Persatuan Hakka Miri, Persatuan Hopoh Miri, Persatuan Chiang Hsia Huang Miri, Persatuan Hainan Miri dan Persatuan Chawan Miri.

Ketua Pemuda Persatuan Komuniti Thai Poo Miri merangkap pengerusi pengelola program Chia Kah Furng berkata perhimpunan belia bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini pertama kali dianjurkan bertujuan bagi merapatkan dan mempromosikan hubungan yang baik dalam kalangan belia.

“Penganjur mengalu-alukan kumpulan belia dari pelbagai pertubuhan atau persatuan untuk mendaftar bagi menyertai program ini nanti.

“Yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan belia ialah RM200 dengan tiada had jumlah kehadiran.

“Tetapi setiap yang hadir hendaklah mendaftarkan kehadiran mereka dengan pihak penganjur bagi memudahkan pengiraan pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Kah Furng berharap agar semua kumpulan belia akan mendaftar untuk menyertai perhimpunan belia kali ini.

Katanya, ini merupakan medium terbaik agar semua dapat berkumpul bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan hubungan antara pelbagai kumpulan belia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.213006 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list