CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2026|Reply: 0

[Sarawak] 33 pelajar Kolej Komuniti Kuching jayakan CSR di Rumah Juliana Esah Bakong

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:47 PM | Show all posts |Read mode


Juliana (barisan tengah, lima kiri), Judy (barisan tengah, enam kiri) dan Mohd Zulkarnain (barisan tengah, empat kiri) bersama para pelajar dan penduduk rumah panjang terbabit.
MIRI: Bagi menjayakan Porgram Khidmat Masyarakat (CSR) pada tahun ini, Kolej Komuniti Kuching telah membawa 33 pelajar teknologi seni bina ke Rumah Juliana Esah, Sungai Mallang Atas, Bakong, dekat sini baru-baru ini.

Rombongan itu yang diketuai Ketua Program Sijil Teknologi Seni Bina Mohd Zulkarnain Salehudin dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Judy Henry, berada di rumah panjang berkenaan selama tiga hari sejak Jumaat lepas untuk projek CSR bagi melaksanakan Kerja Lapangan (Amali) Asas Lukisan Terukur dan Pembuatan Model.

Menurut Judy, CSR bagi kajian lapangan dalam penilaian amali ini adalah satu aktiviti yang dijalankan sebagai satu medium aplikasi bagi para pelajar setelah belajar secara teori di dalam kelas.

"Kajian lapangan ini juga diharap dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran apabila dapat mengalami sendiri dan melihat sendiri teknik kajian yang selalu digunakan dalam menghasilkan lukisan dan pembuatan model bagi sebuah bangunan yang sedia ada," katanya.

"Di samping itu, kerja lapangan ini merupakan satu program khidmat masyarakat anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) dalam rangka mempromosi dan publisiti institusi bagi menunjukkan rasa tanggungjawab Kolej Komuniti Kuching dalam menyumbangkan elemen kesejahteraan kepada masyarakat di luar bandar," jelas Judy.

Beliau memberitahu, pelaksanaan kerja ini telah mendapat kerjasama daripada penduduk rumah panjang terbabit.

Sementara itu, Mohd Zulkarnain berharap program ini dapat memberi implikasi yang tinggi kepada pelajar dan institusi.

"Objektif yang akan dicapai dalam kursus yang dianjurkan memberi pendedahan tentang kepentingan lukisan terukur, kaedah pengukuran bangunan dan teknik pembuatan model.

"Menjalinkan aktiviti khidmat masyarakat bersama penduduk rumah panjang di Rumah Juliana Esah, Sungai Mallang Atas turut memberi penilaian pembelajaran di luar kelas kepada pelajar melalu pengajaran dan pembelajaran di lapangan, selain mempromosikan Kolej Komuniti Kuching kepada masyarakat dan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak," tambah beliau.

Mohd Zulkarnain juga berkata, program tersebut diharap dapat menjadi medium perkongsian ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kehidupan antara institusi, pelajar dan komuniti.

Katanya program itu turut memberi pendedahan kepelbagaian medium pembelajaran kepada pelajar untuk memupuk dan meningkatkan minat pelajar dalam bidang yang dipelajari.

"Pelajar dapat didedahkan dengan suasana pembelajaran di luar kelas.

"Pelajar dapat meningkatkan kreativiti, keyakinan diri, kemahiran dan pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi.

"Kolej Komuniti Kuching dapat mempromosikan peranan institusi melalui sumbangan kepada masyarakat di luar bandar dengan memberi perkhidmatan yang berasaskan TVET," tambahnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Juliana Esah yang mewakili anak buahnya berharap projek CSR yang dilaksanakan itu dapat diluluskan oleh pihak kerajaan bagi membolehkan mereka mendapatkan skim pinjaman di bawah Program Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).

Katanya, pada masa ini, sebanyak 11 pintu memohon untuk membina rumah panjang baharu dengan tambahan 11 pintu, menjadikan keseluruhan 22 pintu apabila siap dibina kelak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075184 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list