CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 0

[Sarawak] Bentuk tulang ikan ICQS Sungai Tujoh wajar ditukar kepada laluan tol

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode


Chiew menunjukkan dua ucapan usul beliau yang diserah untuk diperdengarkan di kamar khas Parlimen Malaysia semalam.

MIRI: Antara cadangan bagi mengatasi kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, ialah menyelesaian masalah fizikal struktur kaunter di laluan ketibaan dan pelepasan daripada bentuk tulang ikan kepada kedudukan seperti laluan tol.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, dalam usaha menambah baik dan menaik taraf Pos Kawalan Sempadan ICQS Sungai Tujoh, cadangan yang dikemukakan termasuk menukar reka bentuk struktur, melaksanakan cadangan-cadangan lain dan mewujudkan kerangka tindakan bersama agar masalah ini dapat diselesaikan.

"Penambahbaikan dan penaiktarafan ICQS Sungai Tujoh amat penting bagi memastikan kelancaran pengoperasian jangka panjang di mana masalah kesesakan di ICQS Sungai Tujoh dapat diatasi.

"Sekiranya masalah ini dapat ditangani, sudah pasti ia akan mendorong lebih banyak rakyat Brunei untuk terus datang melawat dan membeli barangan dan perkhidmatan di bandar raya Miri," katanya.

"Antara cadangan lain yang dapat menyelesaikan masalah ini adalah seperti penambahan atau pengisian penjawatan pegawai imigresen.

"Soalan saya kepada Kementerian Dalam Negeri adalah, apakah perancangan terperinci atau 'roadmap' Kementerian untuk meningkatkan penjawatan atau mengisi kekosongan penjawatan yang sedia ada bagi menampung keperluan tenaga untuk mempercepatkan proses pemeriksaan?

"Seterusnya, meningkatkan sistem pemeriksaan menggunakan tekonologi terkini untuk memendekkan masa pemeriksaan," katanya.

Chiew juga bertanya kepada kementerian sama ada mereka akan bersetuju dengan cadangan menaik taraf ICQS Sungai Tujoh melalui program Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) seperti yang telah dilaksanakan di projek naik taraf ICQS Bukit Kayu Hitam atau sebaliknya.

Perkara di atas, dikemukakan oleh beliau dalam usul khas tentang perkara tadbir kerajaan untuk didengar di kamar khas Parlimen Malaysia dan mendapatkan respons lanjutan daripada KDN untuk isu penambahbaikan dan menaik taraf struktur ICQS Sungai Tujoh, Miri bagi menyelesaikan masalah kesesakan.

Ucapan usul berkenaan dihantar oleh beliau pagi semalam untuk didengar di kamar khas Parlimen Malaysia.

Mengulas lanjut beliau berkata, Pos Kawalan Sempadan ICQS Sungai Tujoh yang beroperasi sejak tahun 2011 merupakan salah satu pintu masuk utama dari Brunei ke Malaysia melalui bandar raya Miri.

"Namun sejak beberapa tahun lalu, kerap berlaku masalah di mana pelawat yang masuk dari Brunei ke Malaysia melalui ICQS Sungai Tujuh, Miri terpaksa beratur dan mengalami kesesakan yang berpanjangan.

"Keadaan bertambah teruk pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah di mana pelawat-pelawat terpaksa menunggu selama tiga hingga empat jam untuk menyelesaikan proses pemeriksaan di ICQS Sungai Tujoh," tambahnya.

Beliau memberitahu, statistik menunjukkan ICQS Sungai Tujoh antara salah satu pintu masuk negara yang amat sibuk.

"Dengan adanya kelebihan dari segi pertukaran mata wang asing oleh Brunei, Miri yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan telah menjadi tumpuan kepada rakyat Brunei untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah selepas menukarkan Dolar Brunei ke Ringgit Malaysia.

"Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu merangsang ekonomi tempatan, mendatangkan sumber pendapatan negara, malah akan memberi sumbangan dari segi peningkatan nilai mata wang ringgit melalui eksport tidak nyata di Miri," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.161116 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list