CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1977|Reply: 0

[Sabah] Keningau lokasi pertama di Sabah guna sistem CMFS hasil jalinan kerjasama kerajaan, swasta

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:41 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Arthur menyampaikan replika cek Bantuan Khas Sumbangan Tunai fasa 2, PPK Keningau sempena majlis itu.

KENINGAU: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup melancarkan Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS) hasil kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan Agriculture Chemicals Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.

Mengulas lanjut Arthur berkata, Keningau merupakan lokasi pertama di Sabah bagi program rintis itu yang menggunakan sistem terbabit.

"Fokus utama CMFS adalah untuk membantu pemantauan dalam sektor penanaman padi. Melalui kerjasama ini, para petani akan diterapkan dengan amalan pertanian tepat di samping mendedahkan mereka dengan teknologi, pengurusan secara agronomi serta penggunaan input yang betul, " katanya.

Arthur turut menyifatkan inovasi CMFS adalah selari dengan hasrat kementeriannya untuk membudayakan konsep Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR).

Beliau berharap lebih banyak inovasi akan diwujudkan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa.

"Kementerian mensasarkan dengan aplikasi teknologi itu akan dapat meningkatkan purata pengeluaran hasil padi purata pengeluaran padi di kawasan Magatang dari 2.5mt/ha kepada 4-5mt/ha dan secara tidak langsung meningkat lagi pendapatan para pesawah.

"Kementerian melalui jabatan dan agensinya juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik dan kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta dalam menggembleng sumber dan kepakaran masing-masing untuk meningkatkan pengeluaran makanan secara tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara, " katanya.

Di majlis itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST2024) kepada pesawah yang aktif menanam padi.

"Bagi BKST fasa 2, PPK Keningau telah menerima RM630,000 melibatkan 1,050 penerima iaitu RM600 untuk seorang pesawah, " katanya sambil menyeru para pesawah, petani dan peladang yang belum berdaftar dengan PPK supaya melakukan pendaftaran kerana terdapat pelbagai manfaat seperti kursus, bantuan baja, bantuan subsidi dan sebagainya sekiranya menjadi ahli Pertubuhan Peladang.

Menurut rekod, seramai 2,701 petani telah berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Keningau dan dianggarkan lebih kurang 200 orang petani lagi yang belum berdaftar.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Keningau, Alexius Paulus; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Hadriyani Ahmad dan 150 pesawah Magatang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.260458 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list