CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 0

[Sabah] TTCC, MPC adakan perlawanan persahabatan kriket bagi merebut Piala PJ De Wit 2024

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Jaafar menyampaikan hadiah kemenangan kepada kapten pasukan MPC.

MEMBAKUT: Tawau Teachers Cricket Club (TTCC) telah menjalin kerjasama dengan Membakut Patricians Cricketers (MPC) untuk mengadakan perlawanan persahabatan saingan antara kelab kriket, yang pertama kali dianjurkan di Sabah.

Pertandingan itu telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SMK St.Patrick Membakut selama dua hari bermula 3 hingga 4 Mac lalu.

Setiausaha Kelab TTCC Sophiaan Lahidu yang juga penganjur berkata, antara objektif penganjuran perlawanan persahabatan adalah untuk memberi pendedahan terutama pemain muda bawah 15 tahun dalam sukan itu.

Selain itu saingan dua penjuru itu juga diyakini menjadi pentas pemilihan pemain bagi mewakili daerah masing-masing dalam pertandingan yang lebih besar di masa hadapan.


AKSI: Pasukan kriket sedang berentap dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di padang SMK St Patrick Membakut.


Tambah beliau, penganjuran kali ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersaing secara sihat, sekaligus mempamerkan pengalaman bermain yang tinggi dalam sukan kriket.

Dalam perlawanan itu, Membakut Patrician Cricketers (MPC) telah berjaya merangkul Piala Kejohanan PJ De Wit 2024 bagi edisi pertama saingan, yang disumbangkan (piala kejohanan) Pengetua SMK St.Patrick Membakut, Richard David.

Piala Kejohanan disampaikan Penolong Kanan Kokurikulum, Jaafar Marip bersama-sama dengan Sofiean Mohd Saibi, Penaung kelab TTCC kepada kapten pasukan MPC pada majlis penyampaian hadiah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.830915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list